28 December 2020

"PADAM GAMBAR PAKAI TOPI SANTA CLAUS" - PESAN PU SYED PADA AWAL, SCHA, SADDIQ & UMAT ISLAM



Baru-baru ini, ada diantara segelintir artis dan individu berpengaruh yang memuat naik gambar meraikan sambutan Hari Natal. Bagaimanapun, tindakan mereka itu telah mendapat perhatian pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed yang tampil menegur.

Jelas PU Syed, pemakaian topi Santa Claus atau perhiasan yang beraitan Hari Natal tidak dibenarkan: "Pemakaian topi Santa Claus atau perhiasan dan pakaian yang berkaitan Hari Krismas termasuk meletakkan pokok Krismas adalah tidak dibenarkan.

"Tidak ada keperluan untuk memakai kerana pemakaian atau perhiasan tersebut seakan-akan menunjukkan pengiktirafan terhadap pakaian itu. Jika ada jemputan maka ianya terhad kepada kadar yang diperlukan seperti jamuan makan. Itupun adalah sebagai tanda menjaga hubungan baik bukannya mengiktiraf kepercayaan dan perayaan mereka,' tulisnya menerusi laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar



PU Syed tampil bersuara setelah diasak netizen mengenai hukum golongan selebriti dan individu kenamaan yang memakai topi Santa Claus dan berkongsi di media sosial baru-baru ini.

Dalam entri sama, PU Syed turut memetik beberapa nama selebriti termasuk Awal Ashaari dan Scha Alyahya serta bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq. Pesan PU Syed lagi: "Semoga dapat dipadamkan gambar-gambar kalian dengan memakai topi Santa Claus itu".










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram PU Syed, Awal Ashaari & Syed Saddiq

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: