21 December 2020

PU RAHMAT: "SAYA HARAP TREND MELAMAR SECARA TERANG-TERANGAN DIHENTIKAN..."



"Saya gembira atas kejayaan lamaran Kamal Adli dan Uqasha Senrose dan mendoakan kebahagiaan mereka, semoga mereka dikurniakan anak yang soleh dan solehah.

"Jangan diikut trend barat yang penuh dengan kelompongan dalam menilai sesuatu. Barat bukan semuanya tahu. Hanya saya berharap trend melamar secara terang-terangan dihentikan dan tidak menjadi budaya kita," ujar Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan yang tampil menitipkan nasihat mengenai lamaran secara terang-terangan mengikut hukum Islam dan mengapa ianya tidak dianjurkan.

Sejak malam tadi hangat diperkatakan apabila pelakon Kamal Adli membuat kejutan melamar Uqasha Senrose di pentas Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang sehingga kini masih lagi menjadi bualan ramai.

Klik untuk gambar besar



Menurut PU Rahmat, Islam tidak mahu wanita berada dalam serba salah atau tekanan ketika menerima lamaran lelaki. Ujarnya, ada yang wanita yang kuat untuk mengatakan tidak, namun ada wanita yang akan kasihan dan tidak mampu untuk menolak.

Katanya, melamar secara terangan tidak dianjurkan dalam Islam kerana untuk menjaga air muka lelaki jika lamaran mereka ditolak. Jelasnya lagi, pernikahan bukan sahaja melibatkan dua jiwa tetapi dua buah keluarga.

Meluahkan rasa gembira atas kejayaan lamaran Kamal Adli dan Uqasha serta mendoakan kebahagiaan mereka, bagaimanapun PU Rahmat berharap agar jangan terlalu mengikut trend barat dan melamar secara terang-terangan dapat dihentikan.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Oh Bulan & Instagram PU Rahmat

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: