22 December 2020

RAHANG NAIM DANIEL MAKIN SAKIT - DOKTOR NASIHAT BEREHAT



Selepas terbabit dalam kemalangan, Khamis lalu, penyanyi dan pelakon Naim Daniel telah dinasihatkan doktor untuk berehat kerana berdepan kecederaan di bahagian rahang.

Pengarah Urusan Peace World Entertainment, Usaid Hamdi yang mewakili Naim berkata, Naim mengadu kesakitannya semakin teruk sejak semalam.

"Selepas kemalangan, dia bertahan dengan ubat penahan sakit dan masih nak teruskan untuk bekerja. Tapi, semalam dia mengadu yang rahangnya bertambah sakit. Jadi, pihak kami dinasihatkan doktor supaya memberi ruang untuk Naim berehat buat sementara waktu," jelasnya.

Klik untuk gambar besar



Usaid ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu 'Lara' hari ini, juga memaklumkan bahawa bekas juara Anugerah Juara Lagu Ke-34 tidak dapat hadir.

"Dia tak dapat hadir dan tak dapat buat persembahan. Jadi, kami mohon supaya semua pihak dapat mendoakan kesejahteraannya dan semoga dia dapat pulih secepat mungkin," katanya.

Khamis lalu, Naim dilaporkan terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) menyebabkan rahangnya terkehel dan darah beku dalam gusi.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Naim Daniel

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: