17 December 2020

"RAHANG RASA TERKEHEL SIKIT, NAK CAKAP PUN AGAK SUKAR..." - NAIM DANIEL KEMALANGAN



Malang tak berbau... demikianlah halnya yang terjadi dengan penyanyi dan pelakon Naim Daniel apabila berdepan situasi cemas dimana dia terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) kira-kira pukul 12 tengah hari, Khamis.

Menurut Naim, kereta jenis Ford Ranger pacuan empat roda yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika dalam perjalanan ke Sri Pentas bagi rakaman sebuah program hiburan.

"Naim dan kakak dalam perjalanan nak pergi kerja untuk rakaman di Sri Pentas, tiba-tiba terlanggar divider dan dan keadaan agak cemas. Alhamdulillah saya dan kakak tak apa-apa, cuma rahang rasa terkehel sikit nak bercakap pun agak sukar sementara menunggu kereta kena towing.

Klik untuk gambar besar



Tambah Naim, situasi semakin cemas apabila dia cuba mengelak kereta dari arah belakang hingga menyebabkan dia hilang kawalan.

Biarpun kereta miliknya itu mengalami kerosakan di bahagian depan, namun Naim bersyukur kerana dia dan kakaknya tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Sementara itu, penyanyi lagu 'Sembah' ini berkata, dia tidak dapat meneruskan rakaman program berikutan mahu menyelesaikan urusan kemalangan tersebut.







www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Naim Daniel

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: