07 December 2020

SISSY IMANN AKUI AYAHANDA MEMANG SUKA SEDIAKAN SEGALA KEPERLUANNYA



Penyanyi dan pengacara, Sissy Imann, 25, mendedahkan sejak tujuh tahun lalu, bapanya, Mohammad Kamil Moustaff adalah individu bertanggungkawab yang selalu menyediakan segala aspek keperluannya merangkumi pakaian untuk digayakan.

Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil berkata bapanya memang suka dan teruja jika dapat menyiapkan segala keperluan dirinya, termasuk konsep pakaian dan tata gaya selama bergelar anak seni.

"Ayahanda saya bukan pereka fesyen, tapi dia memang suka menyiapkan pakaian serta kelengkapan untuk persembahan saya. Ditambah, pada awal pembabitan dahulu, saya tidak mendapat tajaan daripada mana-mana pihak.

Klik untuk gambar besar



"Cuma sekarang, Alhamdulillah ada juga pihak serta penganjur acara yang menyediakan segalanya daripada pakaian, solekan dan aksesori untuk saya. Tetapi jika tidak ada, memang ayahanda dan bonda akan usahakan sendiri," ujarnya.

Sissy berkata dia juga selesa menggayakan apa saja pakaian termasuk aksesori, solekan mahu pun dandanan rambut sentuhan daripada bapanya itu.


"Saya suka tengok ayahanda dan bonda saya gembira. Lagipun, mereka selalu bersungguh-sungguh untuk menyediakan keperluan buat saya gayakan.

"Bagi saya, apa yang cantik di mata mereka sudah cukup, Namun, saya akui bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang, tapi tak apalah," katanya.

Apapun, Sissy berkata dia gembira kerana bakatnya semakin dikenali. Ujarnya, selain menyanyi dia bersyukur bakat sebagai pemuzik, komposer, berlakon dan mengacara semakin dapat perhatian.

Ujarnya, sikap tidak memilih juga membuatkan rezekinya agak murah. Katanya, meskipun sekarang Covid-19 masih menular dalam negara, tetapi rezeki tetap ada dan itu amat disyukuri.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: