19 December 2020

TAHNIAH - IKMAL AMRY KINI SAH BERGELAR SUAMI NAJLA SHAMSUL



Sekitar jam 10.30 pagi hari ini, pelakon Ikmal Amry, 26, telah pun selamat bernikah dengan wanita pilihannya yang merupakan seorang personaliti media sosial iaitu, Najla Shamsul, 22, dengan sekali lafaz, selepas tujuh bulan mengikat tali pertunangan.

Majlis akad nikah yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, itu disempurnakan bapa pengantin perempuan, Shamsul Kamar yang turut dihadiri kira-kira 200 tetamu merangkumi kedua belah keluarga dan rakan rapat.

Dalam majlis tersebut, Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali telah menyerahkan mas kahwin RM300, wang hantaran RM15,000 serta tujuh dulang hantaran. Sementara pihak perempuan membalas dengan sembilang dulang.

Pengurus Ikmal, Ben Ali ketika dihubungi, meluahkan rasa syukur majlis berjalan lancar malah mendedahkan Ikmal menitiskan air mata selepas sah bergelar suami. Menurut Ben lagi, Ikmal sudah melakukan persiapan lima bulan sebelum majlis pernikahannya.

Klik untuk gambar besar



"Alhamdulillah, majlis hari ini berjalan lancar. Majlis pagi ini hanya membabitkan keluarga kedua belah pihak dan rakan terdekat. Sebelum majlis bermula Ikmal ada cakap dia gementar. Selepas sah dinikahkan, saya tengok dia menangis.

"Ikmal jenis yang sangat relak dan tidak kelam kabut. Lima bulan sebelum nikah dia sudah siapkan semuanya dari segi keperluan dan apa yang perlu dibeli," katanya.

Sementara itu, Ikmal bersyukur majlis pernikahan selesai dilangsungkan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Bertanya soal karier selepas mendirikan rumah tangga, Ikmal percaya rezeki aturan Allah.



"Tanggungjawab besar menanti untuk saya harungi bersama isteri selepas ini. Insya-Allah, kami akan jalani kehidupan berdua sebaik mungkin. Najla menyenangkan dan memahami diri saya. Soal anak, kami terima cepat atau lambat.

"Saya percaya rezeki selepas berkahwin... Biarpun sudah berstatus suami, rezeki datang dari Allah. Kebanyakan kebanyakan pelakon terkenal rata-rata sudah berkahwin," tuturnya.

Difahamkan, majlis persandingan pasangan itu akan diadakan di sebelah pihak Ikmal di Melaka, malam ini. Pasangan ini tidak melangsungkan pertunangan, sebaliknya, mengatur majlis merisik, Mei lalu.

Selepas lebih empat tahun mengenali diri masing-masing, pelakon drama 'Gantung The Series' itu percaya Najla adalah pasangannya sehidup semati.







www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Berita Harian, mStar & Instagram Najla Shamsul

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: