25 December 2020

TAHNIAH - TASHA SHILLA SAHKAN KINI HAMIL 5 BULAN



"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan, sahabat dan keluarga tercinta. Syukur Alhamdulillah, Tasha dan Atiq ingin membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya kini berusia lima bulan.

"Sejujurnya saya teramat gembira apabila orang sekeliling dan rakan taulan mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan saya sekeluarga," demikianlah tulis pelakon Tasha Shilla yang berkongsi khabar gembira dimana dia bakal bergelar ibu tidak lama lagi, selepas 10 bulan mendirikan rumah tangga.

Menerusi laman Instagram milikinya hari ini, Tasha atau nama sebenar Natasha Sheila Abdul Razak, 33, memaklumkan kandungannya kini sudah berusia lima bulan.

Perkongsian Tasha di itu tentunya menerima pelbagai reaksi pengikut dan peminat yang mendoakan supaya kandungannya itu membesar dengan sihat. Malah rakan artis turut tidak ketinggalan menulis ucapan tahniah antaranya Nad Zainal, Ramona Zam Zam, Ika Nabella dan Nabila Huda.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, pelakon drama 'Kau Yang Pertama' ini memohon orang ramai mendoakan agar perjalanan tempoh kehamilannya itu dipermudahkan sehingga hari kelahiran kelak.

"Saya memohon anda semua doakan yang baik-baik supaya bayi dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik dan selamat hingga ke hari kelahiran dan hari-hari selanjutnya InsyaAllah. Tasha ingin ucapkan semoga kalian dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan," ujarnya.

Untuk makluman, Tasha dan Muhammad Atiq Idris selamat diijabkabul pada 28 Februari lalu dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Majlis Wilayah Kuala Lumpur.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Tasha Shilla

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: