24 December 2020

"TIPULAH KALAU TIDAK TERLINTAS DALAM FIKIRAN" - NABILA TERKENA BUATAN ORANG?



Penyanyi dan pelakon Nabila Razali sebelum ini mengesahkan akan beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang dijangka berlangsung Februari depan dan pasti ramai tidak sabar menantikan persembahan Nabila membawakan lagunya 'Peluang Kedua' di pentas besar itu.

Dalam pada itu, Nabila mengakui pernah terdetik dalam hatinya masalah peti suara yang dialaminya ada kaitan dengan sesuatu yang mistik. Namun, dia percaya mungkin sudah ditakdirkan untuk dia mendapat rehat yang cukup.

"Tipulah kalau perkara itu tidak terlintas dalam fikiran. Tapi saya tak mahu menggalakkan diri membiarkan pemikiran sebegitu sebagai punca setiap kali saya ditimpa musibah. Tidak mahu orang kata saya terlalu percaya kepada tahyul.

"Lagipun, saya bukan sesiapa untuk perkara seperti itu terjadi. Mungkin sudah ditakdirkan untuk saya berehat sebentar kerana sebelum ini saya tidak cukup rehat. Saya banyak bermuhasabah diri apabila mengenangkan aset saya terganggu," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Nabila memberitahu dia perlu berehat dalam jangka masa yang panjang supaya keadaan suara boleh kembali seperti sedia kala. Malah, dia juga tidak dibenarkan bercakap dengan nada tinggi dan terpaksa menolak tawaran berlakon.

"Doktor menasihatkan saya berehat untuk suatu tempoh yang lama. Walaupun kecederaan yang saya alami tidak begitu serius iaitu ada ketulan kecil pada peti suara.

"Namun, doktor menyarankan saya berehat dan mengurangkan penggunaan suara. Saya tidak dibenarkan menggunakan nada tinggi ketika bercakap," katanya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Nabila Razali

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: