28 January 2021

ANAK ANGKAT - HAFIZ KATA TAK PERLU CARI IBU BAHARU, TAPI CALON ISTERI



Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), komposer dan penyanyi, Hafiz Hamidun, 37, memberitahu anak angkatnya sekarang berada di kampung buat seketika di bawah pengurusan ibu bapanya. Kata Hafiz, dia kini cuma penjaga dan bapa angkat kepada bayi itu.

"Saya tak perlu carikan ibu baharu untuk anak angkat, Hamdee Hafiz, 11 bulan kerana dia sudah pun ada ibu bapa kandung, tapi saya yang nak kena cari calon isteri sendiri.

"Hamdee, rasanya tidak memerlukan ibu baharu pun kerana adik-beradik saya turut menyayanginya sepenuh hati seperti anak sendiri. Ibu dan bapa saya juga melayani, sayang dan menjaganya bagaikan cucu kandung.

Klik untuk gambar besar



"Cuma, sayalah yang kena cari, calon isteri baharu Apapun, kini saya mahu fokus pada beberapa tanggujawab kerja yang perlu dilaksanakan dahulu serta fikirkan kesejahteraan ibu bapa," katanya.

Sebelum ini, Hafiz pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan kosmetik, Joy Revfa pada 1 Mei 2017, namun mereka akhirnya bercerai beberapa bulan kemudian.







www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Hafiz Hamidun

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: