25 January 2021

BILA FAZURA HADIAHKAN PEMBANTU JAGA FATIMA BEG BERJENAMA



Pelakon Nur Fazura menerusi Insta Story baru-baru ini telah berkongsikan satu kisah dimana dia terpaksa mengambil pembantu luar memandangkan pembantu dan pengasuh yang diupahnya tidak dapat masuk ke Malaysia susulan Covid-19.

Menerusi perkongsian itu, Fazura berkata selama dua bulan dia dan nak sulungnya, Nur Fatima Aisya dijaga oleh seorang wanita dikenali sebagai Kak Amy dari @lavenderconfinementcare.

Tambah Fazura, Amy tinggal bersama mereka, memasak serta mengurutnya, sepanjang tempoh tersebut. Fazura turut memuji sikap Amy yang sangat menyayangi anaknya seperti anak sendiri.

Klik untuk gambar besar



Sebagai tanda penghargaan, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu telah menghadiahkan beg berjenama buat Amy sebagai tanda kenang-kenangan.

Pada 1 Januari lalu, Fazura dan Fattah akhirnya mendedahkan wajah puteri mereka kepada umum, selepas tiga bulan 'menyembunyikan' wajahnya. Untuk makluman, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 2017.

Amboii... beruntung sungguh Amy dapat hadiah jaga anak pasangan itu.







www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Nur Fazura

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: