26 January 2021

BILA SUHAIMI SAAD BAKAL MUNCUL DENGAN ALBUM BARU BERSAMA ISTERI & ANAK-ANAK



Umum mengetahui mengenai kehidupan pasangan Suhaimi Saad dan Ina Naim yang dilihat lebih senang mengajar anak-anak mereka sendiri di rumah daripada menghantar mereka ke sekolah.

Melihat pada muat naik di laman Instagram, Suhaimi mahu empat orang cahaya matanya iaitu Ehmad Hadie El Fardie (13), Sallman El Khoyri (11), Phyrosh El Fadwah (9), dan Nurlayla El Ghufrony (7) mengikut jejak langkahnya sebagai penyanyi apabila dia mengumumkan bakal mengeluarkan album nasyid di bawah nama 'Bismilllah'. Bahkan kumpulan itu turut akan menampilkan isterinya iaitu Ina Naim.

"Bismillah. Kami sedang menyiapkan sebuah album gandingan suara Suhaimi Saad, Ina Naim dan anak anak. Album kumpulan Bismillah ini akan diterbitkan pada awal Ramadhan depan. Insya-Allah.

Klik untuk gambar besar



"Mengandungi 10 buah lagu termasuk sebuah zikir. Hanya RM30 termasuk pos. Untuk tempahan awal,sila wasap ke 0102769675. Cepat! Album ini sangat Eksklusif dan Terhad," katanya.

Jelasnya lagi, album itu akan menyapa semua orang pada awal Ramadhan nanti dan semua boleh mendapatkannya dengan harga RM30 sahaja. Pasti ada di antara peminat yang tidak sabar menanti gandingan suara keluarga ini kan?






www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Suhaimi Saad

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: