04 January 2021

DIKATAKAN BAKAL BERNIKAH DENGAN HARRIS ALIF MAC INI - INI JAWAB INTAN LADYANA



Baru-baru ini, ada pengkhabaran yang mengatakan pasangan selebriti Harris Alif dan Intan Ladyana dalam perancangan untuk berkahwin.

Mereka yang berbeza usia 17 tahun ini dikata merancang berkahwin pada Mac depan dan kini masih dalam proses mencari lokasi sesuai untuk majlis hari bahagia itu.

Ditanya berhubung perkara itu, Intan, 38, tidak mengiya atau manafikan pengkhabaran bakal berkahwin dengan kekasihnya, penyanyi, pelakon dan pengacara Harris, 21, dalam masa terdekat.

Intan berkata dia akan berkongsi mengenai perkara berkenaan (perkahwinan) apabila tiba masanya. Ujar pelakon filem 'Jangan Pandang Belakang' ini, dia takkan merahsiakannya.

Klik untuk gambar besar



"Insya-Allah, bila tiba masanya akan diberitahu juga nanti, tunggulah. Bukan saya tak nak mengaku (rancang kahwin), tapi biarlah sampai masanya dahulu.

"Saya ini jenis orang yang tidak suka bercerita, kalau tak ada apa-apa lagi. Cuma, yang boleh saya cakap sekarang, Insya Allah akan diberitahu nanti," katanya.

Ditanya juga mengenai kesediaannya untuk melangkah ke fasa berumah tangga, Intan berkata pada usianya sekarang tidak mungkinlah, dia masih tidak bersedia lagi.



"Insya- Allah, saya dah sedia. Pada umur saya kini, kalau masih tak sedia, tak tahu lah. Apapun doakan sahaja. Dalam soal peribadi ini, saya memang tak gemar bercerita sangat. Sejak dari dahulu, saya memang memilih untuk lebih berkongsi cerita mengenai kerjaya berbanding peribadi," tuturnya.

Sementara itu, Intan memberitahu dia tidak terlibat dalam perancangan gimik kononnya dilamar Harris bagi mempromosikan lagu berjudul 'Anugerah' baru-baru ini.

Intan berkata, dia hanya diminta untuk menjadi model dalam muzik video lagu Anugerah dan sudah mengetahui tentang jalan cerita yang ingin dipaparkan.


"Saya tidak plan benda tu, saya diminta untuk menjadi model untuk muzik video itu tapi saya tahu lah jalan ceritanya. Kalau nak kata gimik, itu mungkin pihak pengurusan Harris dan saya hanya model. Itu hanya muzik video video dan kalau ada apa-apa nanti akan diberitahu," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Intan kini mengorak langkah sebagai pengarah untuk filem 'Banglo Seksyen 12' terbitan syarikatnya, Prisma Pictures Sdn Bhd.

Filem bergenre seram itu telah memulakan penggambaran pada 2 Januari lalu itu turut dilakonkan oleh Mustaqim Bahadon, Faez Malek, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Hariz Hamdan, Farah Shah dan Windz Neom.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, mStar, Instagram harris Alif & Intan Ladyana

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: