27 January 2021

DIKECAM DEK TAK SETUJU DA'I FARHAN DISENARAI 'LELAKI CURANG' - INI BALAS ERIN



Baru-baru ini bekas isteri kepada pendakwah bebas Da'i Farhan iaitu Erin telah meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir netizen yang menyenaraikan bekas suaminya itu dalam kategori lelaki berlaku curang selepas isu dakwaan curang pelawak, penagacara dan penyampai radio, Shuk Sahar sedang hangat diperkatakan.

Malah, Erin turut memuat naik semula beberapa video kompilasi TikTok perbandingan antara lelaki curang dan setia yang direka oleh netizen. Gara-gara tindakan mempertahankan itu, Erin telah menerima kecaman netizen.

Menerusi ruang komen di perkongsian Instagram Erin, seorang pengguna laman sosial mengungkit semula kisah rumah tangga Da'i Farhan yang pernah menjadi kontroversi pada tahun lalu.

Menurut individu tersebut, Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40, tidak sepatutnya mengeluarkan sebarang kenyataan memandangkan bekas suaminya itu pernah berdepan dengan isu melibatkan kecurangan.

Klik untuk gambar besar



"Adil konon. Kalau adil tak ada ceraikan isteri yang masih tengah mengandung. Hukum hakam tu tak nak pertikaikan pula. Kalau sudah curang tu curang saja.

"Kalau sudah jadi perampas suami orang mengaku saja. Elok tak payah buat apa-apa statement. Nampak macam bodoh saja," tulis individu tersebut.

Dalam pada itu, Erin telah tampil membalas dengan menganggap individu yang suka mencari keburukkan orang lain dan tetap ingin mengetahui perkembangan orang yang dibenci mempunyai masalah mental.



"Suka hati la nak buat statement di IG saya. Anda tak suka duk mai jadi jelatang kat sini buat apa. Tak suka follow pula tu dinamakan mental sickness. Suka mencari keburukkan orang tapi tak sedar diri sendiri terlalu kurang ilmu kesian," katanya.

Untuk makluman, Erin berkahwin dengan Da'i Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 31, di Makkah pada November 2019 namun perkahwinan mereka berakhir pada April tahun lalu.

Perkahwinan Da'i Farhan dengan janda anak lapan itu mendapat perhatian masyarakat apabila dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain yang ketika itu sedang sarat mengandung anak kedua.




www.myartis.com / Sumber: mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: