18 January 2021

ELLY MAZLEIN RAI ANNIVERSARY PERTAMA DENGAN CIKGU AZLAN



"Alhamdulillah.. 1 tahun bersama.. Happy 1st Anniversary Sayang. Tak payah ucapan panjnng-panjang lah kat IG.. nanti mama bisik kat telinga papa. Doa dan harapan mama dalam perkahwinan kita. Biar kita saja yang tau.

"18 January 2020, 18 January 2021. Gambar tu masa Papa Awan Nano datng merisik," tulis penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom menerusi satu hantaran terkini di akaun Instagram miliknya.

Bintang yang popular menerusi drama bersiri 'Kampung People' ini telah menyambut ulang tahun perkahwinan pertama bersama suaminya, Mohamad Azlan dan menzahirkan rasa syukur atas kebahagiaan yang dimilikinya setelah lebih setahun melayari bahtera perkahwinan bersama.

Klik untuk gambar besar



Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata rakan selebriti dan peminat mendoakan agar mahligai cinta Elly bersama suami kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Terdahulu, Elly pernah mendirikan rumah bersama pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 4 tahun namun mereka bercerai pada 15 Oktober 2015.

Kini, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi telah sah bergelar isteri kepada Mohamad Azlan pada 18 Januari 2020 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.





www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Elly Mazlein

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: