03 January 2021

GADIS DAKWA ZIELA JALIL KAHWINI BAPANYA SEBAGAI ISTERI KEDUA?



Hangat diperkatakan sejak semalam di media sosial mengenai seorang pelakon dan penerbit drama terkemuka apabila didakwa sudah hampir dua tahun bermadu dan bergelar isteri kedua.

Memetik sebuah portal, menurut satu sumber dipercayai, penerbit berkenaan didakwa telah mendirikan rumah tangga dengan lelaki bergelar Dato' dan bernikah di sebuah masjid di ibu negara dua tahun lalu.

Malah, sumber tersebut turut mengirimkan beberapa keping gambar dan perkongsian di media sosial seolah memberi 'hint' bahawa dia sebenarnya sudah bergelar isteri orang.

Difahamkan, perkara itu sudah diperkatakan netizen sejak April lalu namun tiada pendedahan lanjut mengenai apa yang berlaku.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, menerusi laman Twitter seorang gadis bernama Lola mengakui penerbit drama yang menyembunyikan perkahwinan daripada umum itu merupakan Ziela Jalil dan juga ibu tirinya.

Gadis itu mengakui Ziela merupakan ibu tirinya dan mereka sekeluarga menerima kehadiran Ziela Jalil dengan hati yang terbuka. Katanya lagi, meskipun bapanya berkahwin lagi, namun bapanya seorang yang bertanggungjawab yang tetap sayangkan anak-anak dan ibunya.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada kenyataan lanjut daripada Ziela sendiri sama ada benar atau tidak dakwaan tersebut. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan penjelasan daripada Ziela.






www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & BeautifulNara

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: