03 January 2021

LUFYA BAWA ANAK JUMPA BEKAS SUAMI: "DADDY CIUM SAMPAI PENUH AIR LIUQ..."



"Daddy cium sampai penuh air liuq kat muka ya Haura. Alhamdulillah she's happy U deserve it baby. Ill do anything for u," demikianlah tulis penyanyi dan pelakon Lufya Omar yang mendedahkan anak perempuannya, Lana Haura berasa amat gembira saat dipertemukan dengan bapanya, Dr. Che Hafiz.

Jelas Lufya, sebagai ibu dia sanggup melakukan apa sahaja dan dia juga turut menyifatkan anaknya itu berhak mendapat kebahagiaan tersebut.

Video berdurasi hampir 40 saat tersebut dikongsikan oleh bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-6 itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar



Bersama entri berkenaan, Lufya turut menyertakan tanda pagar '#komenyangmurnisahaja', '#daddysgirl', '#hecomebackforhisdaughter' dan '#blessed'. Video yang meraih hampir 170,000 jumlah tontonan ini turut dihujani lebih 600 komen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa teruja saat melihat momen tersebut selain turut mendoakan yang terbaik buat Lufya sekeluarga.

Terdahulu, Lufya telah mendirikan rumah bersama, Dr Che Muhammad Hafiz pada tanggal 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Lana Haura, 2 tahun. Bagaimanapun, pasangan ini akhirnya bercerai pada 17 Jun lalu.












www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Lufya Omar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: