12 January 2021

"ITU FITNAH!" - ADAM SHAHZ NAFI DAKWAAN FATIN AFEEFA, BAWA KE MAHKAMAH



"Saya tak nak beri kenyataan sebab nak bawa perkara itu ke mahkamah. Apa yang dikatakan pihak sana (Fatin) itu fitnah! Saya sedar, diri bukan la baik sangat tapi tidaklah sampai saya nak buat perkara tak senonoh depan anak.

"Apa-apa pun, tak ada apa yang saya boleh komen lebih lanjut dan kita biarkan mahkamah yang menentukan nanti," demikianlah kata pelakon Adam Shahz berhubung dakwaan bekas isterinya, pelakon Fatin Afeefa apabila anak perempuannya, Ivy Herra Sophia bercerita mendakwa dia dan bapanya, Adam Shahz tidur sebilik dengan teman wanitanya.

Dakwaan tersebut sebelum ini hangat diperkatakan, Adam bagaimanapun memilih untuk berdiam diri kerana mahu membawa perkara itu ke mahkamah, Adam mengakui dirinya bukanlah baik tetapi tidaklah sampai melakukan perkara tak senonoh di depan anak.

Terdahulu, Fatin dilihat ada memuat naik beberapa perkongsian kapsyen di Insta Story seolah berang dan marah dengan apa yang berlaku. Bagaimanapun, tidak lama kemudian Fatin dilihat telah memadam semua perkongsian tersebut serta memohon maaf kerana terpaksa membuka cerita mengenai hal rumah tangganya kepada umum.

Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Adam Shahz & Fatin Afeefa

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: