12 January 2021

SAJAT TERTEKAN DIDISKRIMINASI, MENGAKU BUAT PEMBEDAHAN JANTINA?



Sebelum ini, usahawan kosmetik Sajat dilihat mengunci mulut selepas kejadian digari pada minggu lalu yang tular di media sosial. Setelah beberapa hari, akhirnya Sajat tampil membuka mulut menceritakan perkara sebenar.

Terbaru, Sajat menerusi sebuah video IGTV di laman Instagram @nursajat23, menceritakan kisah sebenar dia digari pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sehingga ditahan di pusat Penahanan Sementara, Kuala Kubu Bharu.

Dalam entri tersebut, Sajat turut berkata, dia mendapat layanan yang tidak wajar walaupun sudah memberikan kerjasama apabila dipanggil untuk siasatan oleh pihak JAIS. Jelasnya, sisatan dilakukan kerana laporan yang dibuat pada 23 Ogos 2018, kerana berpakaian wanita ketika mengadakan majlis doa selamat di Wisma Sajat, Seksyen 16 Shah Alam.

"Assalammuaikum ... maafkan saya kalau saya berdiamkan diri seketika di IG. Terlebih dahulu.. video dalam ini saya menceritakan apa yang berlaku pada diri saya.. walaupun banyak cerita tak benar keluar dari media sosial, cerita bukan dari sumber yang sahih!!! Saya mengeluarkan video ini,menceritakan kejadian saya pada 6/1/2021 pada hari Rabu.

Klik untuk gambar besar



"Laporan report pada tahun 23/2/2018 pada masa itu saya ada membuat majlis doa selamat dan bacaan yassin bersama budak2 tahfiz di wisma saya seksyen 16 Shah alam.. Saya pendekkan cerita,saya dilayan tidak wajar, walaupun saya datang memberi keterangan dan kerjasama pada pihak JAIS. Hak saya sebagai manusia yang telah memberi kerjasama telah direman ditahan di pusat tahanan sementara di Kuala Kubu bahru.

"Sepatut nya surat jamin yang dikeluarkan pihak mahkamah itu dilengah-lengahkan oleh mahkamah syariah , saya digari, dikasari dengan kata2 dan tindakan, dicederakan sebegitu rupa. Tangan2 dan badan2 saya bengkak, kerana pergelutan saya ketika saya mempertahankan diri tidak di gari..Saya berhak diberi hak asasi kemanusiaan untuk hidup seperti manusia yang lain juga.

"Saya amat sedih dan kecewa dengan kejadian ini kerana kesan daripada kejadian ini mengganggu perniagaan saya dan mental saya.Banyak wartawan dan pihak2 tertentu cuba menghubungi saya melalui call, message whatsapp untuk mendapatkan pernyataan daripada saya. Tetapi saya mendiamkan diri terlebih dahulu untuk menerangkan kejadian sebenar yang alami sendiri," tulis Sajat.



Sajat turut mendakwa JAIS sengaja melengah-lengahkan surat jaminan surat jaminan dicederakan dia digari sehingga mengalami bengkas serta badan kerana untuk mempertahankan diri.

Dalam pada itu, Sajat turut membuat luahan yang mengejutkan apabila mengaku membuat pembedahan jantina di IG Story. Menerusi beberapa kenyataan dimuat naik, Sajat kelihatan seolah-oleh kesal dengan diskriminasi sesetengah pihak terhadap golongan sepertinya.

Sajat juga mempersoalkan tentang adakah kebaikan dalam agama berpandukan kepada pakaian semata-mata. Menguatkan lagi gambaran pemilik Nur Sajat Gold itu sedang berada dalam keadaan tertekan apabila menyatakan Islam berat buat dirinya dan bertanya kepada pengikut samada dia patut keluar dari agama Islam.

Sementara itu, menerusi ruangan sama, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman turut berkongsi beberapa pandangan netizen. Antara komen yang dikongsi ialah pendapat netizen mengenai layana kurang kurang baik oleh JAIS ketika Sahat hadir dengan cara baik untuk membantu siasatan. Rata-rata berpendapat sungguhpun Sajat sorang transgender, dia tidak wajar dilayan buruk dan kasar.





























www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sajat

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: