12 January 2021

KEPUTUSAN SWAB TEST NEGATIF - LAN SOLO SEKELUARGA SELAMAT TIBA DI SABAH



Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), penyanyi Lan Solo memberitahu bahawa dia dan keluarga telahpun menjalani ujian saringan Covid-19 beberapa hari yang lalu.

Dalam masa sama, Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof memaklumkan bahawa dia sekeluarga bebas daripada wabak penyakit berkenaan.

"Alhamdulillah.. result swap test covid19 kami sekeluarga NEGATIF Kami bukan kontek rapat.. cuma buat swap test atas rasa tanggungjawab..

Klik untuk gambar besar



"Yela.. kerja2 aku & isteri memerlukan pergerakan ke sana sini..berjumpa dengan ramai orang..so ini antara insiatif kami sekeluarga untuk memastikan kami selamat dari virus jahat ni..

"Sama2 kita terus berusaha.. berdoa & bertawakal.. Moga kes semakin berkurangan..& virus ini terus lenyap dari mukabumi #lansolo #sheilarazlan #anakanaklansolo #swaptest," tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi satu entri yang lain di IG, penyanyi berusia 35 tahun ini sudah selamat tiba di Sabah bersama keluarganya, pada Isnin.



"2 minggu la kita berkampung di Sabah ya.. SABAHAN.. Ada ka yg mau ambil kami jadi keluarga angkat.. #lansolo #lankristal #lanborneo #sheilarazlan #anakanaklansolo #soloborneomart #mco mco2 #pkp #pkp2 #sabah #kerjabosku," katanya.

Untuk makluman, Lan telah menamatkan zaman bujang bersama isterinya, Nur Sheila Hassim pada 5 Disember 2009 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Lan dan isteri telah mengusahakan perniagaan kedai runcit, Solo Borneo Mart yang menjual barangan dari Sabah dan Sarawak sejak beberapa tahun yang lalu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Lan Solo

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: