29 January 2021

MV 'EMPAT DARA 2020' CECAH 10 JUTA TONTONAN - INI PANTUN FAIZAL TAHIR



Muzik video (MV) 'Empat Dara 2020' nyanyian Faizal Tahir, Elly Mazlein dan Zizi Kirana yang sebelum ini pernah menjadi tular dan menjadi kesukaan ramai itu telah pun mencapai 10 juta lebih tontonan di Youtube.

Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram, Faizal telah meluahkan rasa terharu apabila muzik video 'Empat Dara 2020' berjaya meraih 10 juta tontonan.

Dek kerana itu, Faizal telah memberikan serangkap pantun sebagai tanda penghargaan buat peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan.

"Terima kasih daun keladi daun semambu daun mengkuang daun pandan daun bawang daun ketumbar untuk 10 jota tontonan. Alhamdulillah," tulis Faizal.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Zizi menerusi IGnya juga meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang menonton MV 'Empat Dara 2020'. Dalam masa sama, Zizi turut mengucapkan tahniah kepada Faizal, Elly atau Kak Lina Pom Pom dan semua team.

"Alhamdullilah. Wahai Kesayangan Sia, Terima Kasih Untuk 10 Juta Tontonan. Tahniah AbangKu @faizal_tahir Dan KakakKu @iamellymazlein Serta Semua Team #4Dara2020," kata Zizi.

'Empat Dara' adalah karya asal oleh Atan Ahmad dan Ahmad Jusoh manakala versi terbaharu ini mendapat sentuhan bersama Faizal Tahir, Mage, Mike Chan dan Mambang.

Selari dengan tajuknya, 'Empat Dara 2020' memberikan nafas baharu dan segar kepada pendengar tanpa menghilangkan elemen tradisional lagu tersebut.




 

www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Faizal Tahir & Zizi Kirana

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: