27 January 2021

POSITIF COVID-19 - ISTERI NAFI ROY MENINGGAL DUNIA, AKUI KEADAAN SEMAKIN MEROSOT



Umum sedia maklum mengenai keadaan penyanyi Roy, 57, yang mengesahkan dirinya positif Covid-19 tahap empat dan sudah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Roy menjalani ujian saringan Covid-19 itu selepas dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas dan hasil pemeriksaan terdapat jangkitan kuman pada paru-paru.

Namun begitu, timbul berita yang kurang enak didengar apabila Roy yang popular dengan lagu 'Kau Ratnaku' dan 'Diari Mimpi' serta pernah menyertai Gegar Vaganza musim keenam (GV4) itu dikatakan sudah meninggal dunia selepas disahkan positif Covid-19.

Isteri Roy, Haslinda Abdul Rahman tampil menafikan berita yang tersebar tersebut. Bagaimanapun, Haslinda, 56, mengakui keadaan kesihatan suaminya semakin merosot dan kini dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh.

"Roy dipindahkan semula ke wad kecemasan kira-kira jam 5 petang hari ini kerana kembali mengalami sesak nafas. Selain itu, dia turut mengalami batuk kuat dan kembali lemah seluruh badan," katanya.

Haslinda dan anak-anak mereka kini menjalani kuarantin di rumah di Banting dan tidak dibenarkan melawat Roy buat masa ini.

Roy atau nama sebenarnya Mohammad Rauzan Alwi mengakui tabah menerima keputusan ini dan reda dengan ketentuan takdir. Katanya, restoran milik keluarganya di Banting ditutup sementara manakala isteri dan anak-anak menjalani kuarantin di rumah.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: