16 January 2021

SARAH HILDEBRAND LUAH KECEWA DENGAN PENGACARA MELETOP DI TWITTER



"Sayangnya, temu bual tersebut dilakukan dengan sangat teruk oleh dua pengacara ketika itu. Semuanya berubah seperti pentas lawak. Malah, seorang pengacara juga berkata "apa lagi eh nak tanya".

"Pengacara yang bagus tidak sepatutnya mengatakan perkara tersebut dalam rancangan siaran langsung," demikianlah kata pelakon Sarah Hildebrand menerusi laman Twitter miliknya, semalam.

Baru-baru ini, Sarah telah meluahkan rasa terkilan kerana dilayan sambil lewa oleh pengacara program temu bual MeleTOP ketika dijemput sebagai artis jemputan dalam rancangan tersebut kira-kira setahun yang lalu.

Klik untuk gambar besar



Program MeleTOP yang pada ketika itu dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Neelofa telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam diri Sarah apabila diajukan soalan yang tidak sepatutnya ketika siaran langsung program tersebut itu berlangsung.

Menurut Sarah, pada mulanya dia tidak mahu muncul dalam program tersebut namun setelah diberi senarai soalan yang diajukan oleh pengacara, dia bersetuju untuk tampil sebagai artis jemputan.



Tambah Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 31, lagi, dia turut menerima beberapa soalan tidak masuk akal seperti adakah suaminya (Otto Gillen) mahu menjadi seperti Fattah Amin dan sebagainya.

Menurut pelakon drama 'Pujaan Hati Kanda' itu lagi, dia merasa malu dan kecewa apabila dilayan sedemikian rupa ketika program siaran langsung itu ditayangkan dan kembali terkenang keadaan tersebut apabila temu ramah itu dimuat naik ke saluran Youtube untuk tatapan peminat.

Mengimbas kembali, pada 13 November 2019 yang lalu, Sarah dan suaminya telah hadir ke program MeleTOP sebagai tetamu jemputan selepas mereka berdua selamat diijabkabul sebagai suami isteri pada 3 November 2019.







www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Twitter / Instagram Sarah Hildebrand

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: