04 January 2021

"SATU-SATU OK!" - ZIZI MINTA NETIZEN SABAR, PERLU MASA PADAM SEMUA FOTO SEKSI



Menerusi satu muat naik di Insta Stories, penyanyi Zizi Kirana telah memohon kepada warganet untuk memberi dia masa bagi memadam semua gambar seksi yang pernah dimuat naik di laman Instagram (IG) miliknya sebelum ini. Menurut Zizi, kesabaran amat diperlukan kerana media sosialnya mempunyai foto yang banyak.

"Kelakarlah netizen ni. Bila keluar kenyataan 'saya dah padam foto seksi', kelam kbut terus scroll sampai ke gambar pertama yang aku muat naik dulu. Pastu bila ada gambar yang aku tertinggal terus kata tak padam pun. Gaisss! Santai baa.. Satu-satu ok! Kesabaran amat diperlukan di sini. Sebab banyak gambar la kat feed tu," tulisnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Eh' itu turut mendoakan kebaikan untuk semua orang: "Slow dan steady! Saya doakan kebaikan kepada korang semua," katanya lagi.

Menerusi pemerhatian, hanya 1,567 keping foto yang tinggal dalam akaun IG Zizi yang mempunyai lebih 870,000 pengikut itu. Terdahulu, Zizi mendedahkan dia mula menjaga penampilan dengan tidak memakai pakaian yang terdedah selepas ditegur oleh ibunya.

Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Zizi Kirana

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: