09 January 2021

"SAYA TAK SANGKA... ALHAMDULILLAH REZEKI" - HAMPIR USIA 50, CHE TA JADI DUTA KECANTIKAN



"Terakhir jadi duta produk lapan tahun lalu... saya tak sangka sebenarnya ada lagi orang beri kepercayaan kepada saya. Alhamdulillah rezeki. Sebelum saya terima produk itu, saya akan cuba dahulu bagi memastikan ia benar-benar berkesan. Tak mahulah kita jadi duta tapi tak pakai pun!

"Sebenarnya ada yang tanya fasal usia... tak takut ke nak masuk umur 50 tahun lagi beberapa tahun? Saya kata tak takut sebab memang dah nak cecah angka tu, semua orang akan tua," demikian kata pelakon Rozita Che Wan apabila masih diberi kepercayaan untuk menjadi duta sebuah produk kecantikan dan berkata dia tidak menyangka kerana dirinya usianya hampir 50 tahun.

Meskipun dunia hiburan kini dipenuhi ramai selebriti muda yang cantik dan jelita, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 47, mengakui terkejut serta meluahkan rasa syukur diatas rezeki menjadi jurucakap untuk produk kosmetik.

Klik untuk gambar besar



Pelakon drama 'Family Spy' itu dilantik menjadi duta di bawah jenama kosmetik Mylea selama satu tahun. Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Zain Saidin ini mengakui bimbang dengan peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Justeru itu, Che Ta berkata dia tidak teragak-agak menegur peminat yang mungkin terlupa mengenai penjarakkan sosial ketika bergambar atau bertemu dengannya.


"Walaupun pakai mask tetap nak selfie! Ada yang saya tegur baik-baik... kena jauh-jauh sebab Covid-19 sekarang ni, terpaksa tegur sebab takut mereka lupa! Tak ada la yang sentap mereka pun faham.

"Tengok keadaan sekarang ini takut juga! Ada orang jemput pergi majlis perkahwinan atau apa-apa program saya tak pergi... kalau keluar pun hanya ke tempat kerja sahaja, lepak-lepak tak ada!

"Aaisyah pun dekat rumah sahaja, dia pernah tanya ni cuti sekolah duduk rumah sahajakah? Saya kata tengah pandemik Covid ni tak boleh nak pergi mana-mana, terpaksalah dia duduk saja," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Rozita Che Wan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: