09 January 2021

TIQ ZAQYAH: "SUMPAH TAK ADA... NAUZUBILLAH NAMA SAYA PUN TERSENARAI



Semua mengetahui mengenai isu selebriti wanita dan influencer terkenal yang didakwa terlibat dengan aktiviti pelacuran kelas atasan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan pendapatan lumayan. Setelah beberapa nama artis dipetik, terkini pelakon Tiz Zaqyah pula dikaitkan turut terlibat sama.

Ditanya berhubung perkara tersebut, Tiz berkata dia tidak menyangka namanya turut dikaitkan dan menyifatkan tuduhan itu sangat keterlaluan. Bagaimanapun, pelakon drama 'Nur Kasih' itu tidak bimbang kerana tidak pernah terjerumus dalam aktiviti tidak bermoral berkenaan.

"Sumpah tak ada (tidak terlibat)... nauzubillah nama saya pun tersenarai? Kenapa mereka petik nama saya? Tapi saya tak bimbang sebab kawan-kawan kenal saya ni macam mana... saya dah stabil dalam bidang (hiburan) ni. Saya ada kawan, mereka tahu cerita sebenar," katanya.

Sementara itu, ujar Tiz atau Siti Zaqyah Abdul Razak, 33, lagi, dia tidak terkejut dengan dakwaan skandal seks membabitkan selebriti kerana ia sering dilaporkan media.

Klik untuk gambar besar



"Tapi perkara ini (skandal seks) saya tak berapa hairan. Saya tinggal di Kuala Lumpur sejak kecil dan dengar banyak mengenainya. Dalam akhbar ada dilaporkan dan orang bercakap mengenainya... saya tak terkejut, ia berlaku. Mungkin dalam kalangan kita pun ada... tapi itu mungkin cara mereka cari duit," ujarnya.

Menerusi laporan media sebelum ini, terdapat beberapa selebriti wanita dan influencer terkenal didakwa menawarkan perkhidmatan menjual tubuh demi kesenangan hidup. Selebriti wanita yang terlibat dikatakan mengenakan bayaran perkhidmatan sehingga RM30,000 untuk satu malam.

Susulan kontroversi tersebut, netizen mula membuat spekulasi dengan menuduh beberapa selebriti wanita yang dilihat gemar menayangkan gaya hidup mewah di media sosial.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Tiz Zaqyah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: