18 January 2021

SHUIB UMUM TINGGALKAN HOT FM SELEPAS 2 TAHUN BERSAMA



Pelawak Shuib Sepahtu telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada Hot FM, selepas hampir dua tahun menjadi penyampai stesen radio tersebut.

Shuib mengumumkan pengundurannya itu semasa siaran Geng Pagi Hot (GPH) pagi tadi. Menurut Shuib, dia sudah lama memikirkan mengenai perkara itu untuk memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap peniagaan yang dijalankan.

Menerusi video dikongsikan, Shuib seakan tidak sampai hati untuk memaklumkan kepada rakan setugas dan pendengar setia mengenai perkara tersebut yang turut disifatkan sebagai satu keputusan drastik.

Klik untuk gambar besar



Pengumuman itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang akui terkejut dan turut merasa sedih di atas keputusan tersebut.

Bagaimanapun, rata-rata mereka mengucapkan terima kasih selama dua tahun menghiburkan para pendengar serta mendoakan semoga berjaya dalam urusannya kelak.

Difahamkan, Shuib memutuskan untuk menumpukan perhatian dalam businessnya. Apa-apa pun, kami mendoakan yang terbaik untuk suami kepada penyanyi Siti Sarah ini.







www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Instagram Shuib Sepahtu & Hot FM

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: