11 January 2021

SIBUK DENGAN MLS2 - DATUK VIDA BAWA BERCUTI DI PULAU PINANG, TAK MAHU CIK B STRESS



"Harini (semalam) saya curi curi masa bawak @cikb_havoc66 @kacak_._ datang bercuti. Cik B sekarang sibuk sangat dengan muzikal lawak superstar. Saya tak nak dia stress.

"Cik B dengan Kacak memang rapat. Cik B penyayang Kacak pulak manja. Kalau dah berjumpa asyik bergurau. Perasan tak kalau first time check in bilik akan ada bau macam lama orang tak duduk. Bau perabot bagai bagai. Saya tak suka.

"Sebab tu saya bawak PERFUME OUD saya kemana mana. senang nak spray. Okay lah sebab ramai yang request suruh saya extend sales semalam. ada yang tak sempat nak grab sebab saya buka terhadd," demikin tulis usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida atau lebih sinonim dengan panggilan DSV menerusi laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar



Melihat pada gambar dan video yang dikongsikan, Vida telah meluangkan masa bersama dengan anaknya dengan pergi bercuti di Pulau Pinang. Mengakui anaknya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen yang kini sedang aktif menyertai program hiburan Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2), DSV tetap cuba untuk meluangkan masa bersama anaknya.

Imbas kembali, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman telah berkahwin dengan Mohd Amin pada tahun 2000 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Nur Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.

Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie,10, meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di rumah Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013. Vida sah bercerai dengan Mohd Amin pada tahun 2008 iaitu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.









www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Datuk Seri Vida & Cik B

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: