08 January 2021

STATUS TERKINI DENGAN BEKAS TUNANG - INTAN NAJUWA 'KUNCI MULUT', BANYAK HATI PERLU JAGA



Umum sedia maklum mengenai hubungan Intan Najuwa, 24, dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 40, yang sebelum ini hangat diperkatakan di media sosial apabila pelakon itu mengesahkan dia sudah putus tunang pada Februari tahun lalu kerana sudah tidak ada persefahaman.

Intan yang popular menerusi drama 'Setelah Ku Dimiliki' ini ketika ditanya mengenai status terkini dengan bekas tunangnya, bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut.

Jelas Intan, dia kini memilih untuk menyimpan sendiri hal peribadi berbanding menghebahkannya kepada umum. Malah dia juga selesa dengan pendirian tersebut.

"Apa yang boleh saya katakan, hubungan kami masih baik cuma untuk mengulas lanjut mengenai status hubungan kami secara terbuka, saya tak mahulah komen.

Klik untuk gambar besar



"Rasanya sebelum ini pun, semua sudah tahu apa yang berlaku dalam hubungan kami. Cuma buat masa sekarang, saya tidak boleh nak umumkan status saya dengan bekas tunang.

"Saya sekarang ni lebih kepada 'go with the flow'. Doakan yang baik-baik. Apapun, saya akui banyak belajar dari apa yang terjadi dahulu. Jadi oleh sebab itu, saya mahu menyimpan sendiri apa yang terjadi dalam hubungan saya," katanya.

Tambah Intan, hubungannya ketika ini agak 'complicated' untuk dijelaskan tetapi masih lagi baik dan positif. Jelasnya, banyak hati yang perlu dia jaga, maka dari itu dia lebih memilih untuk berdiam.

"Ada banyak hati yang perlu saya jaga, hati keluarga saya serta pihak di sebelah sana juga. Jadi, ada baiknya saya berdiam. Saya minta semua orang faham sebab mengapa saya mahu menyimpan sendiri. Saya juga mohon doa yang baik-baik dari semua pihak," ujarnya.



Mengulas mengenai reaksi bekas tunang terhadap statusnya sekarang, Intan mengakui si dia memahami dan memberi ruang buatnya untuk fokus dalam lakonan.

"Dia faham dan sekarang pun masing-masing mahu fokus terhadap apa yang dilakukan sekarang. Saya sendiri pun memang mahu fokus dengan lakonan dan bisnes tahun ini.

"Setakat ini semuanya berjalan dengan baik," jelasnya yang sebelum ini pernah bertunang dengan Razrul pada 18 Ogos 2019 namun mereka putus sekitar Februari 2020 lalu.

Bagaimanapun, Intan kembali memuat naik foto mesra bersama Razrul pada Jun 2020 dan semenjak itu, bintang ini masih belum menjelaskan status hubungannya dengan lelaki berkenaan secara terperinci.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Intan Najuwa

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: