22 January 2021

TAKZIAH - IBU MENTUA AKO MUSTAPHA KEMBALI KE RAHMATULLAH AKIBAT COVID-19



"Assalamualaikum semua. Dukacitanya dimaklumkan bahawa mak mentua saya, Hajah Santanina kembali ke rahmatullah, hari ini di HKL disebabkan virus COVID-19," demikianlah tulis pelakon Ako Mustapha yang berkongsi berita duka dimana ibu mentuanya, Hajah Santanina telah pergi mengadap Illahi di Hospital Kuala Lumpur akibat COVID-19, petang Khamis.

Ako atau nama sebenarnya, Muhaizad Ahmad Mustapha, 48, berkongsi berita pemergian itu menerusi laman sosial, Facebook (FB) miliknya.

Pelakon 'Bukan Gadis Biasa' itu sebelum ini pernah berkongsi mengenai keadaan kesihatan ibu mentuanya yang berada dalam keadaan kurang baik hingga dimasukkan ke hospital pada April, tahun lalu.

Terdahulu, Ako pernah berkongsi mengenai keadaan kesihatan ibu mentuanya berada dalam tahap kurang baik sehingga dimasukkan ke hospital pada April, tahun lalu.

Untuk makluman, Ako mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Kartina Shuaib pada 17 Januari 2009 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: