29 January 2021

"TIDAK ADIL SAYA 'PECAH LUBANG'... JANJI KONGSI BERSAMA-SAMA" - DINI KOMEN TARIKH 2.2.2021



Pasangan pelakon Janna Nick, 25, dan Dini Azan Schatzmann, 26, baru-baru ini menerusi laman Instagram masing-masing memuat naik satu entri dengan kapsyen tarikh 2.2.2021 dan ia telah mencuri tumpuan ramai.

Ia mencetuskan spekulasi kononnya tarikh berkenaan kemungkinan bayangan mereka bakal menamatkan zaman bujang dalam norma baharu.

Bagaimanapun, Dini yang merupakan bekas graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Universiti of British Columbia, Kanada itu menafikannya, sebaliknya ia satu kejutan lain.

"Soal tarikh ini membabitkan Janna, jadi tidak adil saya 'pecah lubang'. Kami sudah berjanji untuk berkongsi bersama-sama nanti," jelas pelakon kacukan Melayu-Switzerland.

Klik untuk gambar besar



Mengenai perancangan melamar hos program Melodi, TV3 itu sebagai isteri, Dini berkata, dia pasti berkongsi detik bersejarah dalam hidupnya seandainya tiba masa.

"Saya dan Janna tidak akan merahsiakan hari bersejarah kami. Jadi, doakan kami," katanya yang turut bergandingan dengan Janna dalam drama adaptasi novel, 'Marry Me Senorita' arahan Michael Ang.

Hubungan cinta antara Janna dan Dini terus menjadi perhatian netizen. Satu demi satu gelagat merpati dua sejoli itu dibangkitkan sejak menjalinkan hubungan cinta hampir dua tahun lalu.



Malah, gosip hubungan berakhir turut bertiup kencang apabila Janna dan Dini sekian lama tidak berkongsi gambar bersama dalam media sosial, baru-baru ini.

Namun, pasangan sehati sejiwa ini kembali hangat apabila video dalam aplikasi TikTok tular, baru-baru ini. Aksi Dini mendukung, memeluk dan memegang erat Janna menjadi kecaman netizen.

Kelakuan mereka dianggap tidak manis memandangkan masih belum ada ikatan yang sah. Dini dengan rendah hati mohon maaf atas keterlanjurannya dengan Janna beraksi sedemikian dalam video berkenaan.



"Saya dan Janna minta maaf jika aksi dalam video dianggap keterlaluan. Secara jujurnya, kami sekadar santai dan berseronok dalam mempromosikan sebuah jenama. Lagipun, video aplikasi TikTok sering mendapat jumlah tontonan yang tinggi.

"Kami mahu mempersembahkan kandungan video yang terlalu serius. Saya sendiri tidak pandai menari. Kita tahu kebanyakan video TikTok kena menari.

"Saya hanya tidak mahu nampak canggung dalam video ini, jadi saya belasah sahajalah mengikut Janna. Namun, tak sangka ia tular dan menjadi kecaman ramai," tuturnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Janna Nick & Dini Azan Schatzmann

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: