Menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram, pendandan rambut terkenal iaitu Ridzokumura berkongsi berita gembira dimana pelakon Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie sudah pun berbaik, setelah hampir dua tahun dikatakan putus kawan selepas saling berbalas kenyataan di media sosial.
Video tersebut memaparkan Fathia dan Zarina dilihat sedang duduk berbual. Dalam perkongsian itu, Ridzokumura meluahkan rasa syukur apabila kedua-dua mereka sudah pun berbaik dan menjalin persahabatan semula.
Dalam pada itu, Ridzokumura turut mengatakan pelakon 'Ariana Rose' itu mengajak Zarina untuk sama-sama belajar serta mendalami agama.
Perkara itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa syukur dengan perkhabaran gembira itu serta mendoakan ukhwah serta ikatan persahabatan mereka kekal sampai bila-bila.
Klik untuk gambar besar
KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON
www.myartis.com / Sumber & foto: Ohmymedia & Instagram @ridzokumura
________________________

No comments:
Post a Comment