16 February 2021

22 TAHUN BEROPERASI - NTV7 UCAP SELAMAT TINGGAL, BERI LALUAN KEPADA DIDIK TV KPM



Saluran televisyen Natseven TV Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai ntv7 akhirnya mengucapkan selamat tinggal setelah lebih 22 tahun bersiaran, bagi memberi laluan kepada saluran khusus tv pendidikan baharu iaitu DidikTV KPM yang akan memulakan siarannya pada Khamis.

Pelbagai program menarik yang disiarkan oleh stesen televisyen itu antaranya seperti sitkom 'Spanar Jaya', 'Phua Chu Kang' serta siri kartun kegemaran ramai, 'Doraemon' dan 'Shin Chan'.

Sementara itu, DidikTV KPM akan bersiaran bermula pukul 7 pagi sehingga pukul 12 tengah malam setiap hari, merupakan usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara.

Klik untuk gambar besar



Majlis pelancaran akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu pukul 8 pagi dan akan disiarkan menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI).

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan KPM, DidikTV akan menyiarkan program yang diterbitkan khusus berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM dan boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di Astro dan saluran NTV7 di TV Unifi.





www.myartis.com / Sumber: mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: