21 February 2021

AIMAN & ZAHIRAH SAMBUT ANNIVERSARY PERTAMA



Tanggal 20 Februari 2020 merupakan hari istimewa buat Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson apabila pasangan pelakon ini selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz. Semalam telah pun genap setahun Aiman dan Zahirah melayari bahtera perkahwinan bersama.

Pasangan ini menerusi laman Instagram telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama dengan memuat naik foto throwback sekitar majlis perkehwinan mereka.

Melihat pada bahagian kapsyen, Aiman dan Zahirah ada menitipkan ucapan istimewa. Pasangan bintang drama bersiri 'Curi-Curi Cinta' itu berharap mahligai cinta yang dibina bersama suami kekal selamanya.

Klik untuk gambar besar



"Happy One Year Anniversary to us my love @aimanhakimridza. I love you endlessly, I love you more than you'll ever know. Here's to us.. one year down, forever to go..," ucap Zahirah.

"How time flies ever since. To be frank if it happens to be I'm in a loop.. I wouldn't mind. Perfect 365days. Happy anniversary my love @zahirahmacwilson #zahirAH," kata Aiman pula.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan ucapan dan mendoakan pasangan selebriti yang dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada pada 5 Januari lalu itu kekal bahagia hingga ke akhir hayat.













www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Ridza

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: