14 February 2021

ALICIA AMIN KINI BERGELAR ISTERI



Tiada angin tiada ribut.... tup tup model dan pelakon Alicia Amin, 26, telah pun selamat bergelar isteri. Difahamkan, Alicia diijakabulkan bersama lelaki pilihannya, dikenali sebagai Farzan yang merupakan seorang doktor, hari ini di masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.

Menerusi beberapa foto yang dikongsikan di laman Instagram, Alicia atau nama sebenarnya, Raja Alicia Raja Amin dilihat mengenakan persalinan rona putih gading rekaan Alia Bastamam.

"Raja Alicia Amin nikah, makeup #KHIRsbride using @lamer, outfit @aliabastamamkl, hijab @nazlivingastyle, photo @biboaswan," tulis jurusolek terkenal, Khir Khalid yang memberikan kredit bersempena dengan hari bahagia Alicia.

Melihat pada perkongsian di Insta Story pula, ia turut memaparkn momen indah bekas peserta Asia's Next Top Model musim kelima itu yang tampak ayu.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Alicia Amin, Farzan & Khir Khalid

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: