17 February 2021

ANAK KEDUA LAHIR MASA PANDEMIK - SHUKRI YAHAYA BUAT AQIQAH DI MEKAH



"Kesian @maleeqmiqayl lahir pada zaman pendemik ni sebab Shuk tak boleh nak buatkan dia aqiqah macam kakak dia. Ada kenduri semua tulah," itulah kata-kata pelakon Shukri Yahaya yang mengakui berasa sedikit ralat kerana tidak berkesempatan untuk mengadakan majlis aqiqah buat anak lelakinya, Maleeq Miqayl memandangkan negara ketika ini masih lagi di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Berkongsi perkara tersebut menerusi ruangan Instagram stories, pelakon drama '7 Hari Mencintaimu' itu memberitahu yang dia sebenarnya berhajat untuk mengadakan majlis buat anak keduanya itu sama seperti anak sulungnya tatapi niatnya itu harus ditangguhkah terlebih dahulu.

Enggan menunggu terlalu lama, Shukri bagaimanapun mendedahkan dia telah mewakilkan pihak daripada Aqiqah Centre bagi menjalankan majlis aqiqah buat anak lelakinya itu di Mekah. Malah, bapa kepada dua cahaya mata itu turut berasa lega kerana segala urusan sewaktu majlis tersebut telah diberjalan dengan lancar.

Klik untuk gambar besar



"Tapi dua hari lepas Shuk berhubung dengan @aqiqahcentredotcom untuk dia buatkan aqiqah Maleeq di Mekah. Hari ni mereka bagi bukti yang mereka dah tunaikan tanggungjawab tu. Ya Allah cepatnya dan kosnya untuk seekor kambing sangatlah berpatutan. Terima kasih @aqiqahcentredotcom. Sayang @tyaadnan, selamat dah dua ekoq kambiang untuk anak bujang kita. Alhamdulilah," tulisnya lagi.

Untuk makluman, Syukri dan isterinya, Tya Adnan telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 20 November 2015. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl yang baru sahaja lahir pada Julai tahun lalu.



www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Shukri Yahaya

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: