27 February 2021

BILA PEMINAT TAK KERUAN LIHAT DA'I SYED YANG BAKAL JADI USAHAWAN BISKUT



Semua sedia maklum mengenai kes perbicaraan pendakwah selebriti Da'i Syed membabitkan salah laku seksual membabitkan beberapa orang wanita.

Meskipun belum selesai kes tersebut, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Syah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail menerusi laman Instagram telah memberitahu yang dia kini bakal menceburkan diri dalam perniagaan menjual biskut.

Syed memuat naik tiga foto dirinya bersama biskut yang difahamkan untuk tujuan promosi perniagaannya itu. Hantaran tersebut ternyata telah membuatkan peminat Syed berasa tidak keruan.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat terutamanya di kalangan wanita berasa tidak sabar untuk merasai dan membeli air tangan jejaka berusia 26 tahun itu. Malah ada yang meluahkan rasa terpegun dan jatuh hari melihat ketampanan Syed mengenakan apron.

Klik untuk gambar besar








www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Da'i Syed

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: