24 February 2021

DIDAKWA BUAT PEMERIKSAAN DI HOSPITAL - AYDA JEBAT KINI HAMIL?



Baru-baru ini ada perkhabaran yang mendakwa pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir bakal menimang cahaya mata pertama mereka, selepas hampir dua bulan mendirikan rumah tangga.

Memetik laporan sebuah media, Ayda didakwa hari ke sebuah pusat perubatan swasta untuk bertemu pakar perbidanan dan sakit puan kerana ingin melakukan pemeriksaan sekaligus wujud desas-desus yang mengatakan penyanyi dan pelakon itu kini hamil anak pertama.

Menurut sumber dipercayai, dia mengesahkan berita positif tersebut yang mengatakan Ayda sudah namun tidak dijelaskan pula berapa minggu usia kandungannya itu.

Klik untuk gambar besar



Tambah laporan media itu, pihak mereka cuba mendapatkan pengesahan daripada Ayda mengenai perkara itu namun panggilan dan mesej tidak berjawab. Sumber turut memberitahu pasangan itu belum bersedia untuk berkongsi berita gembira itu memandangkan usia kandungan masih baru.

Terdahulu, menerusi Twitter Ayda ada berkongsikan status meluahkan rasa syukur, namun tidak menjelaskan maksud perkongsiannya itu. Timbul spekulasi netizen membuat andaian Ayda bakal bergelar ibu dan ramai yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah dan tidak sabar menantikan pengumuman gembira itu.



Sementara itu, menerusi perkongsian di Insta Story Isnin lalu, Nabil ada memuat naik video reaksi Nabil mendengar perut Ayda seolah memberi bayangan isterinya sedang hamil: "Macam-macam bunyi," kata Nabil.

Untuk makluman, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu dalam satu majlis serba sederhana di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail.

Pasangan itu juga berhasrat untuk memiliki 13 orang cahaya mata. Nabil berkata angka 13 merupakan nombor kegemarannya selain ingin memiliki keluarga yang ramai.






www.myartis.com / Sumber: mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: