Pelakon dan pengacara Sherry Alhadad dikenali ramai sebagai seorang yang sangat versatil. Jadi tidak hairan, wajah Sherry sering menghiasai kaca televisyen dan menjadi pengacara kegemaran ramai.
Sherry menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini, ada berkongsi satu foto dirinya berbaju kurung warna kelabu. Foto tersebut bagaimanapun telah menarik perhatian ramai yang meluahkan teruja apabila melihat penampilan Sherry yang semakin kurus.
Klik untuk gambar besar
Difahamkan, gambar tersebut diambil sewaktu rakaman konsert retro raya. Jika anda mengikuti Instagram Sherry, pengacara itu sering berkongsikan aktiviti harian termasuk melakukan senaman apabila mempunyai masa lapang.
Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji Sherry dilihat semakin cantik serta memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk mendapatkan berat badan idaman.
www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Shery Alhadad
________________________

No comments:
Post a Comment