10 February 2021

DIGELAR MERTUA DARI NERAKA - INI RESPON BALAS IBU AIMAN TINO



Kontroversi yang melanda penyanyi Aiman Tino nampaknya bertambah hangat lagi apabila ibunya, Hazelina Mat Jalil mendedahkan menerima mesej daripada netizen yang menggelarnya ibu mertua dari neraka gara-gara sibuk urusan anaknya.

"Ciri-ciri mak mentua dari neraka, nasib la siapa yang sangkut dengan makcik huhuuuuu ngeri," tulis individu berkenaan.

Berkongsi perkara itu menerusi laman Instagram, Hazelina turut menyatakan apa yang dilakukannya adalah demi anak tersayang dan untuk membawa anaknya ke syurga. Malah, Hazelina turut mengatakan selama ini dia berpenat lelah membesarkan anaknya tetapi ada yang mengikis anaknya.

Klik untuk gambar besar



"Tak kenal maka tak cinta, neraka tu kau, anak aku aku nak bawa ke syurga... Dah ada anak nanti baru lah dapat rasa, penat besarkan anak, lepas tu orang kikis..," ujarnya.

Perkongsian Hazelina itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan semangat buatnya untuk menyelesaikan hal keluarga. Kata netizen, hanya ibu sahaja yang tahu baik buruk untuk anak mereka dan orang luar tidak berhak masuk campur.

Dalam pada itu, Hazelina turut mengucapkan terima kasih kepada anak-anaknya yang lain, saudara mara serta rakan-rakan yang tidak putus-putus memberikan kata semangat dan mendoakan yang baik-baik sahaja untuk anaknya.



Sebelum ini, ibu Aiman Tino mendakwa anaknya sudah berubah serta sukar dihubungi dan mendakwa dikongkong oleh seorang wanita menerusi muat naik di Instagram.

Aiman bagaimanapun telah tampil memberi kenyataan bahawa apa yang terjadi hanyalah salah faham. Jelas Aiman, hal tersebut berlaku kerana tabiatnya yang lambat membalas mesej. Ujarnya, dia terus pulang ke rumah selepas mendapat tahu mengenai perkongsian ibunya.

Namun isu berkenaan tidak berhenti disitu apabila bapa serta kakak yang juga seorang penyanyi iaitu Fara Hezel turut mengeluarkan kenyataan masing-masing.





www.myartis.com / Sumber: Rotikaya

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: