21 February 2021

FOTO KAHWIN - LISDAWATI RALAT TAK BOLEH TAYANG SEBAB AURAT TERDEDAH



"Bahagialah mereka yang bernikah dan sanding dalam keadaan menutup aurat. Jangan jadi macam saya.. terkecewa sebab semua tu hanya MEMORI tak boleh tayang lagi. @fauzinawawi2020 kalau ada budget kita nikah sanding balik nak???" demikian tulis pelakon Lisdawati di foto dirinya bersama suami, pelakon Fauzi Nawawi berada di pelamin.

Lisdawati yang berkongsi kenyataan tersebut menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram itu mengakui dirinya berasa sedikit ralat kerana tidak lagi berpeluang untuk berkongsi foto-foto kenangan sewaktu berkahwin kerana pada ketika itu dia masih lagi belum berhijab.

Menurut Lisdawati, mereka yang berkahwin dalam keadaan menutup aurat sangatlah bertuah kerana mereka boleh mengenang kembali momen-momen tersebut pada bila-bila masa dan dengan sesiapa sahaja.

Dalam pada itu, pelakon filem 'KL Menjerit' ini turut menyeru kepada pasangan yang bakal berkahwin untuk menjadikan kisahnya itu sebagai pengajaran.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Lisdawati turut dilihat sempat berseloroh mengajak suaminya itu untuk sekali lagi mengadakan majlis persandingan seandainya diberikan kesempatan.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa yang sama selain turut mendoakan semoga rumah tangga yang dibina oleh Lisdawati dan Fauzi akan kekal bahagia sampai bila-bila.

Untuk makluman, Lisdawati mendirikan rumah tangga bersama Fauzi pada tanggal 9 September 2007 dan telah pun dikurniakan empat orang cahaya mata.





www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Lisdawati

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: