23 February 2021

GAGAL HADIR PERTUDUHAN BERPAKAIAN WANITA - SAJAT DIKENAKAN WARAN TANGKAP



"Dia (Sajat) dimaklumkan tidak datang dan hakim mengeluarkan waran tangkap," demikian kata sumber mengenai Sajat apabila dikenakan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee@Shaii selepas usahawan kosmetik itu gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.

Sementara itu, Zuri Zabuddin Budiman selaku peguam syarie yang mewakili Sajat berkata, anak guamnya tidak menghadiri sebutan semula yang sudah ditetapkan oleh mahkamah sebelum ini. Selain Zuri, Sajat turut diwakili peguam syarie Ahmad Nazib Johari, Noor Azlina Che Hassan dan Amirah Zainal.

"Saya tunggu juga, tapi dia tak datang. Mahkamah tangguh sebutan semula kes pada 1 Jun depan," jelasnya ketika ditemui pemberita sebaik selesai kes berkenaan.

Pada 6 Januari lalu, Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid SHaee @ Shaii.

Klik untuk gambar besar



Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie Selangor Atras Mohd Zain. Mahkamah membenarkan ikat jamin RM3,000.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: