"Menangis saya malam ni... bila garam saya ingatkan bicarbonate soda. Masin semasin masinnya kek saya malam ni terpaksa saya buang 32 biji.
"Tergeliat saya mulakan balik. Ini pengalaman yang paling manis buat saya dalam projek @zarazyacooks walaupun ketawa dalam airmata," kongsi Zara Zya yang kini mengusahakan perniagaan menjual kek pisang.
Apa nak buat, kek tersebut terpaksa dibuangnya selepas tersalah memasukkan garam dalam amaun yang banyak kerana menyangkakan bahan itu adalah tepung serbuk penaik (bicarbonate soda).
Klik untuk gambar besar
Untuk info, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelakon tersebut memanfaatkan masa lapangnya dengan berniaga kek pisang yang dijual pada harga RM10 sebiji.
Kira ini bukan kenangan manis, tapi kenangan masin ya tak? Sabar je la.
________________________

No comments:
Post a Comment