19 February 2021

ISTERI AMAN RA BERI BAYANGAN KENA SIHIR, PUNCA RUMAH TANGGA BERANTAKAN?



Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai rumah tangga penyanyi rap, Aman Ra selepas isterinya, Natiqah Rahmat mendedahkan bahawa suaminya itu telah berlaku curang.

Penyanyi lagu 'Bangun' itu bagaimanapun dikatakan enggan memberi komen mengenai isu tersebut dan meminta diberi sedikit masa dan ruang.

Namun begitu, isteri Aman semalam menerusi laman Instagram ada memuat naik sebuah hantaran dimana dia seakan-akan memberi bayangan bahawa dirinya dan suami telah disihir oleh dua orang wanita.

Klik untuk gambar besar



Menerusi paparan tangkap layar perbualan antara dia bersama seorang wanita yang dipanggil 'Mama' itu, mereka berdua berbual mengenai peratusan sihir, kawasan sihir, kesan serta simptom ketika menjalani rawatan.

Dalam pada itu, Natiqah juga turut mengucapkan terima kasih di atas doa dan semangat yang telah diberikan peminat dan pengikut media sosialnya sepanjang konflik yang menimpa antara mereka berdua.

Terdahulu, Natiqah mendakwa rumah tangganya bersama Aman Ra goyah apabila penyanyi rap itu tertangkap ketika menjalinkan hubungan dengan wanita lain. Malah, Aman Ra juga dipercayai telah empat kali melafazkan cerai kepada Natiqah sepanjang perkahwinan mereka.




www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: