09 February 2021

ISU CURANG - AMAN RA AKAN KONGSI KENYATAAN RASMI, ISTERI ENGGAN ULAS



"Buat masa ini Aman Ra belum boleh memberikan sebarang komen berhubung isu yang sedang tular. Namun dia akan berkongsi kenyataan rasmi secepat mungkin. Dia juga memohon sedikit ruang kerana masalah yang berlaku ini adalah sesuatu yang besar serta membabitkan isu peribadi," demikian jawab pegawai perhubungan, Joe Saiful yang mewakili penyanyi rap, Aman Ra.

Aman Ra yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita seperti didedahkan isterinya di Instagram Story memohon diberikan sedikit ruang. Penyanyi lagu 'Bangun' itu berkata, buat masa ini dia belum dapat memberikan sebarang komen terhadap segala pendedahan yang dibuat wanita berkenaan sejak semalam.

Sebelum ini, kecoh di media sosial selepas isu curang ini tidak berakhir lagi apabila hangat diperkatakan mengenai rumah tangga seorang selebriti lain dimana isteri kepada penyanyi rap terkenal mendakwa suaminya berlaku curang.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, wanita terbabit mendakwa rumah tangga mereka mula berantakan selepas mengetahui kecurangan suaminya. Malah, dia juga mendakwa sudah menghalau suaminya dari rumah kerana tidak tahan dengan penipuan selama ini.

Lebih menyedihkan, wanita itu mendakwa suaminya sudah empat kali melafazkan cerai terhadapnya sebelum ini selain tergamak meninggalkan keluarga yang sedang sakit demi menjaga teman wanitanya.

Klik untuk gambar besar



Sehingga kini, wanita terbabit tidak mendedahkan identiti wanita yang didakwa menjalin hubungan sulit dengan suaminya. Dia juga tidak mendedahkan status terkini rumah tangga mereka walaupun mendakwa suaminya sudah melafaz cerai sebanyak empat kali.

Sementara itu, isteri Aman Ra iaitu Natiqah Rahmat enggan mengulas lanjut berkenaan kisah skandal yang didakwa mengaitkan suaminya. Menurut Natiqah, buat masa sekarang dia masih belum bersedia untuk menjawab sebarang soalan darpada pihak media.

"Maaf saya tak tahu nak jawab apa semalam. Minta maaf juga sebab saya belum terbuka dan bersedia untuk ditemu bual," tuturnya menerusi kiriman mesej kepada media.

Hasil pemerhatian, wanita berkenaan ada berkongsi sebuah petikan di Instagram (IG) yang menggambarkan keadaan dirinya sekarang: "Saya berjaya memusnahkan diri saya. Saya tahu apa yang saya buat. Inilah masanya untuk membina semula," kongsinya dariapada IG @cwpoet.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: