28 February 2021

JALANI PROSEDUR PEMBEDAHAN ANGIOPLASTY DI IJN - M DAUD KILAU KINI MAKIN SIHAT



"Keadaan kesihatan ayah semakin baik selepas menjalani pembedahan. Beliau juga sudah tidak sesak nafas dan tercungap-cungap lagi. Selera makan pun okay, cuma biasalah orang tua, ada kala selera makan turun naik.

"Ayah lebih suka berehat di rumah selepas menjalani pembedahan, apatah dalam situasi pandemik COVID-19," itulah-kata-kata anak kedua Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, 83, iaitu Ahmad Zaini Muhammad Daud, 50, mengenai keadaan ayahnya.

Selepas menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) pada November tahun lalu, M Daud Kilau dilaporkan semakin pulih. Sebelum itu, M Daud Kilau dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) selepas mengadu sesak nafas.

Klik untuk gambar besar



Ahmad Zaini berkata, ayahnya sudah tidak mengalami sesak nafas selepas tiga salur darahnya dimasukkan alat sten dalam pembedahan berkenaan. Menurutnya, ayahnya kini banyak menghabiskan masa dengan berehat dan beribadah di rumah.

Difahamkan, M Daud atau nama sebenarnya, Muhammad Daud Kilau yang turut dikenali dengan lagu 'Cek Mek Molek' dan 'Gila Judi' itu berdepan masalah kesihatan, sejak lima tahun lalu.

Beliau yang mempunyai penyakit kencing manis kini tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta pinggang sakit, selain jantung tidak stabil dan kurang daya pendengaran.





www.myartis.com / Sumber: Berita Harian

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: