22 February 2021

JANNA NICK DIKECAM GELAR LISA 'BLACKPIG' - NAZIM OTHMAN MOHON MAAF



Isu didakwa mempersenda kematian bintang K-Pop sehingga bersumpah sambil memegang Al-Quran masih belum reda lagi, namun pelakon dan pengacara Janna Nick sekali lagi terpalit dengan kontroversi lain.

Terbaru, Janna dikecam gara-gara nama satu watak dalam telefilem terbarunya, Delen apabila didakwa menghina ahli kumpulan Blackpink dengan menggelarkannya sebagai Lisa 'Blackpig'. Tindakan Janna itu sekaligus mengundang kemarahan daripada netizen terutama peminat K-Pop.

Malah, laman Instagram dan Twitter milik Janna juga sudah tiada. Namun tidak dapat dipastikan sama ada sudah dinyahaktifkan oleh Janna atau disebabkan report yang dibuat oleh netizen.

Namun, di Twitter Hashtag #jannanickisgoingpartyjail masih lagi trending dan pelbagai kecaman daripada peminat K-Pop diterima oleh pengacara program Melodi itu termasuk dari luar negara.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, pelakon Nazim Othman tampil membuat permohonan maaf menerusi Instagram Story mengenai komen yang ditinggalkan di hantaran akaun Instagram Janna mengenai nama anggota kumpulan BLACKPINK, Lisa Manoban. Menurutnya, dia tidak berniat untuk menghina, sebaliknya tidak percaya dengan apa yang ditulis Janna.

"Pertama sekali, saya nak mohon maaf kepada semua di luar sana dari hati saya yang paling dalam sekiranya ada tindakan saya yang menyakitkan anda, terutamanya, untuk komen terbaru saya.

"Saya tak bermaksud nak menghina atau tidak hormat sesiapa dalam apa juga cara. Saya komen sebab saya macam tak percaya dengan apa yang saya tengok. Saya minta maaf kalau ada salah faham," katanya.

Dalam komennya, Nazim bertanya kepada Janna dengan soalan "Lisa Black whatttt????". Janna kemudiannya membalas dengan jawapan seperti bunyi khinzir berserta emoji kepala haiwan itu.


Di Instagram @jannanickstudios, ada satu hantaran yang ditulis sebagai 'LISA BLACKPIG' bagi menggambarkan salah satu karakter dalam karyanya yang digambarkan sebagai karakter gadis gedik.

Tindakan Janna membangkitkan kemarahan peminat Kpop terutamanya, peminat kumpulan BLACKPINK yang menganggap Janna tidak menghormati anggota kumpulan itu dan bersikap melampaui batas.

Difahamkan, sebelum itu Janna sempat memuat naik status di Twitter di mana dia membuat laporan polis terhadap pihak yang telah mencetuskan provokasi serta melemparkan fitnah terhadapnya sebelum akaunnya hilang.

Setakat ini masih tiada kenyataan lanjut daripada Janna mengenai isu tersebut. Terdahulu, Janna menafikan dakwaan tidak menghormati kematian seorang bintang K-Pop, Jonghyun yang meninggal dunia tiga tahun lalu apabila videonya diperkatakan kembali.


www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Harian Metro & Instagram Nazim Othman

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: