09 February 2021

LAGI CURANG - KALI INI PENYANYI RAP PULA?



Nampaknya isu curang ini tidak berakhir lagi apabila terbaru tiada angin tiada ribut, hangat diperkatakan mengenai rumah tangga seorang selebriti lain dimana isteri kepada penyanyi rap terkenal mendakwa suaminya berlaku curang.

Menerusi status yang dimuat naik di laman Instagram, wanita itu mendakwa suaminya telah mengabaikan dirinya dan anak-anak angkara orang ketiga. Malah, wanita itu juga mendakwa suaminya tinggalkan isteri dan anak-anak berminggu-minggu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bukan itu sahaja, wania itu turut mendakwa suaminya sudah empat kali melafazkan cerai gara-gara seorang wanita yang dikatakan kekasih suaminya.

Klik untuk gambar besar



Dakwa wanita itu lagi, ketika berpantang dia pernah merayu pada suaminya supaya fokus kepada keluarga namun usahanya gagal apabila suaminya memaklumkan akan berkahwin dengan 'kekasihnya'.

Dalam perkongsian itu, wanita itu mengimbau kembali kesusahahan ketika suaminya dipandang rendah oleh orang lain, namun selepas berjaya dia pula dihina oleh suami sendiri.

Setakat ini masih tidak dapat dipastikan kesahihan mengenai pendedahan dan dakwaan tersebut. Apa pun sama-sama kita nantikan penjelasan daripada penyanyi rap berkenaan.





www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & TheKaripop

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: