08 February 2021

PEMBEDAHAN KOSMETIK - SAFIEY IBARATKAN SEPERTI TUKAR TUALA MANDI



Umum sedia maklum mengenai usahawan kosmetik, Safiey Illias yang sering melakukan pembedahan kosmetik. Safiey memberitahu yang dia sangat suka melakukan pembedahan tersebut sehingga menyamakannya dengan perbuatan menukar tuala mandi sahaja.

Kata-kata Safiey itu ketika membalas komen netizen di laman Instagram baru-baru ini yang mengatakan usahawan itu masih kelihatan lelaki meskipun sudah menghabiskan banyak wang.

"Kesian kadang-kadang tengok dia ni. Habis berjuta ringgit tapi tetap setiap inci muka dan susuk badan jantan tu jelas kelihatan lagi. Harap satu hari dia sebagai seorang lelaki. Bukan pondan," kata individu tersebut.

Klik untuk gambar besar



Dalam kenyataan balas, Safiey berkata itu hanya mentaliti individu berkenaan sahaja kerana dia mempunyai minat yang mendalam untuk melakukan pembedahan kosmetik.

"Tak apa, itu mentaliti awak, saya buat operation sebab ia my passion dan macam saya tukar tuala mandi saja," tulis Safiey.

Bagaimanapun, entri yang memaparkan video Safiey menyuntik muka menggunakan kaedah kosmetik tertentu itu telah dipadam.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: