08 February 2021

BILA ADIBAH NOOR BETULKAN SEBUTAN INGGERIS PEMBACA BERITA TV3



"Maaf Buletin Utama TV3, saya ambil potongan (berita) daripada anda, no offence (bukan maksud menyinggung)... tapi ini adalah semata-mata untuk pembelajaran. Memang perkataan wild yang bermaksud liar disebut wild. Tetapi wilderness yang membawa maksud tempat hidupan liar atau belantara kita sebut wil-der-ness sama macam ejaannya.

"Jangan marah okay!" demikian kata penyanyi dan pelakon Adibah Noor yng mengambil inisiatif memperbetulkan semula cara sebutan bagi perkataan 'wilderness' selepas menyedari kesilapan bahasa Inggeris seorang pembaca berita TV3.

Menerusi Twitter, Adibah memuat naik video cara sebutan atau 'pronunciation' yang betul bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan pengikutnya di laman tersebut. Video yang dikongsi Adibah itu dihasilkan menerusi aplikasi TikTok sebelum dimuat naik semula di Twitter.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Adibah itu menerima komen positif dan mendapat lebih 1,000 retweet dan hampir 4,000 tanda suka daripada pengikut. Sementara itu, rata-rata pengikut berharap penyanyi lagu 'Terlalu Istimewa' ini terus menghasilkan kandungan video sedemikian bagi memantapkan lagi penguasaan bahasa Inggeris orang ramai.

Sebelum ini, Adibah Noor yang merupakan guru bahasa Inggeris kerap berkongsi cara sebutan dan ejaan yang betul di laman sosial miliknya. Malah, penyanyi Haqiem Rusli juga pernah menerima teguran apabila sebutan bahasa Inggeris dalam lagu yang dinyanyikan berjudul, Jatuh Bangun tidak jelas dan kurang difahami.





KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON



www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Adibah Noor

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: