09 February 2021

SAMBUT ANNIVERSARY KE-5 - ISTERI ATU DEDAH PERNAH HIDUP SUSAH, TINGGAL RM50



Pada tanggal 8 Februari, pelawak Atu Zero dan isterinya iaitu Shafeeqa Johari telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-5 tahun. Sempena hari istimewa tersebut, isteri Atu telah mengimbau persoalan yang sering ditanya mengenai kehidupannya sebagai suri rumah dan tidak bekerja meskipun mempunyai kelayakan dalam pelajaran.

Dalam muat naik tersebut, Shafeeqa berkongsi satu kisah dimana dia dan suami pernah hidup susah sehingga baki dalam akaun bank hanya tinggal RM50. Menurut Shafeeqa, selama ini dia hanya menyimpan perihal kewangan keluarganya tanpa pengetahuan umum. Shafeeqa berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

"Ada hamba Allah berkata, untunglah awak tak kerja sebab suami artis.. mampu sara. Saya jawab (dalam hati) awak tahu ke baru 30 hari bulan cuma tinggal RM50 dalam akaun bank suami. Mana mungkin saya nak bagitahu awak perihal kewangan keluarga saya," katanya.

"Ada hamba Allah berkata, rugilah awak tak kerja. Belajar tinggi-tinggi, kawan-kawan sebaya dengan awk paling-paling busuk dapat 3k sebulan. Saya jawab (dalam hati) siapalah yang tak nak duit sendiri. Allah pilih saya jaga anak-anak saya. Rezeki bukan hanya dengan wang ringgit. Alhamdulillah saya ada #keklapisanozon sendiri..

Klik untuk gambar besar



"Ada hamba Allah berkata, kita orang prempuan kena ada duit sendiri. Kalau suami tingglkan kita atau suami pergi dulu siapa nak tanggung awak dan anak-anak. Saya jawab (dalam hati) macam lah takdir saya, awak yang tentukan.

"Ada hamba Allah berkata, awak tak kerja nanti mentua awak tak sayang awak. Saya jawab (dalam hati) saya tak perlu meraih kasih sayang / respect dari manusia dengan wang ringgit.

"Ada hamba Allah bkata, awk tak kerja nanti suami awak tak sayang dan tak hormat awak sebab awak tak ada apa-apa untuk dibanggakan dan tak mampu membantu dari segi kewangan. Saya jawab (dalam hati) kehormatan bukan sebab pangkat dan wang ringgit dan memang tanggungjawab suami menyara isteri dan anak-anak. Alhamdulillah, walaupon selalu dia kata lelaki boleh kahwin 4, tapi dia sedar kemampuan kewangan nya hanya cukup-cukup untuk kami sekeluarga," ceritanya lagi.



Untuk makluman, Atu dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata. Meskipun begitu, Shafeeqa tetap bersyukur kerana dikurniakan Atu sebagai suami yang bertanggungjawab.

"Selalu dia ingat kan saya supaya selalu bersyukur... Alhamdulillah, kemahuan saya hanya untuk anak-anak... tiada ku minta emas dan harta setinggi gunung... cukuplah suami rajin berkerja... terima kasih mak & ayah serta ibu mertua restu perkahwinan kami... ada kami harta 2 orang anak kami selama 5 tahun perkahwinan ini... Insyaallah akan ku jaga harta ini sehingga hujung jawa ku.

"Happy anniversary @akueatu akan ku capai tangan mu di pintu syurga kelak... Terima kasih kerana menjadi imamku... menjagaku dan anak-anak...," tuturnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Shafeeqa Johari & Atu Zero

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: